Panduan Lengkap Dan Tips Temuduga Jururawat
Apa Itu Kerjaya Jururawat ?
Bidang kerjaya Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara 'SENI' dan 'SAINS' yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Selain itu, profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.
Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa. Justeru itu, kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi ke arah mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara maju
menjelang 2020.
Kenapa Perlu Memohon Kerjaya Jururawat ?
Kerjaya Jururawat antara kerjaya yang diburu ramai calon lepasan SPM dan Diploma. Pusat insititusi kejururawatan yang semakin banyak dibangunkan bagi menampung permintaan kerjaya ini kian meningkat di sektor kerajaan dan sektor swasta.
Sebelum anda menjawat bidang kejururawatan, SPA dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melatih calon - calon jururawat di pusat latihan kejururawatan di seluruh Malaysia dengan tajaan biasiswa, kemudahan asrama dan uniform jururawat.
Jururawat dikategorikan dibawah Latihan Separa Perubatan ini dibahagikan kepada 3 kategori antaranya ;
- Jururawat
- Jururawat Masyarakat
- Jururawat Pergigian
Syarat - Syarat Permohonan Jururawat
Lepasan SPM yang berumur 17 tahun hingga 24 tahun adalah layak untuk memohon sebelum tarikh permohonan berakhir. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat (selain Kenaikan Pangkat Secara Latihan) dalam sektor awam atau badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya mestilah tidak mencecah umur 38 tahun pada tarikh akhir permohonan.
Syarat asas untuk memohon jawatan jururawat mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang sama taraf dengannya oleh kerajaan, kepujian dalam Matematik, Sains dan 3 subjek lain dan lulus subjek Bahasa Malaysia termasuklah Ujian Lisan pada tahap SPM atau kelayakan yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan.
Peluang Kerjaya Jururawat Di Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan peluang latihan kepada Jururawat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan untuk pembangunan kerjaya mereka. Latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut;
Kursus Pos Basik/Pengkhususan
- Anaesthesia
- Kebidanan
- Kecemasan
- Kejururawatan Kes Awam
- Perawatan Gerontologi
- Perawatan Koronari
- Perawatan Neonat
- Perawatan Oftalmik
- Perawatan Onkologi
- Perawatan Ortopedik
- Perawatan Pediatrik
- Perawatan Perioperatif
- Perawatan Psikiatri
- Perawatan Rapi
- Perawatan Neurosains
- Pengurusan Diabetes
- Perubatan Sukan
- Perawatan Otorinolaringologi
- Forensik
- Perawatan Perianestesia
- Kawalan Infeksi
- Perawatan Rehabilitasi
- Penjagaan Kesihatan Primer
- Gastrointestinal Endoscopy
Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana
Jururawat yang mempunyai kelayakan di peringkat diploma dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah layak mendapat kemudahan cuti belajar separuh gaji. Kemudahan ini diberikan sebanyak dua kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. Kaedah pengajian boleh dilakukan sama ada secara separuh masa, pengajian jarak jauh atau separuh masa.
Faktor Calon Gagal Lepas Temuduga Jururawat
Pelbagai faktor yang menjadi penyumbang kegagalan temuduga jururawat. Untuk pengetahuan antara paling utama calon GAGAL ialah tidak tahu bagaimana nak menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga semasa temuduga kerjaya jururawat.
Ini sangat merugikan! Kerana calon tidak 'pandai' mengambil hati penemuduga, ketegasan, penampilan kurang memuaskan dan pelbagai lagi faktor.
Panduan Khas Temuduga Jururawat merupakan panduan utama yang dikeluarkan untuk rujukan calon Jururawat gunakan untuk mendapat gambaran jelas jenis - jenis soalan temuduga, tips, dan mendapatkan idea bagaimana nak LULUS temuduga kerjaya jururawat nanti.
Panduan Khas Temuduga Jururawat
Terdapat 7 komponen penting di dalam modul Nota Khas dan Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat Malaysia. Antaranya;
Modul 1 - Kerjaya Jururawat
Modul ini akan menerangkan secara asas tentang Kerjaya Jururawat
Modul 2 - Permohonan Jururawat
Sudah tentu bidang kejururawatan ini akan menjadi pilihan utama kerjaya calon lepasan SPM. Di dalam modul ini anda akan didedahkan secara terperinci mengenai permohonan jururawat.
Modul 3 - Permohonan Jururawat
Lepasan Diploma? Tak tahu cara nak buat permohonan untuk kerjaya jururawat? Modul ini khas buat lepasan Diploma dengan menyampaikan maklumat lebih jelas.
Modul 4 - Mudahnya Memohon di Hospital Swasta
Anda kurang berminat berkhidmat sebagai jururawat di sektor kerajaan? Tak mengapa, di sektor manapun anda sebagai jururawat, kerjaya anda tetap murni dan lumayan. Panduan ini memberi panduan kepada anda memohon kerjaya jururawat di hospital swasta. Jika permohonan jururawat kerajaan perlu mengisi borang permohonan di portal SPA, bagi jururawat swasta sedikit berbeza.
Anda diberikan beberapa tip berkesan sebelum memohon di hospital swasta. Tip yang sangat berguna kepada anda jika anda serius untuk berkhidmat di hospital swasta. Jangan ambil mudah yang ini ya!
Apa yang lebih menarik, anda diberikan senarai hospital swasta di seluruh negeri bagi memudahkan anda memohon terus kepada hospital yang berdekatan tempat anda. Apa lagi....jika hospital swasta pilihan anda, dapatkan panduan ini secepat mungkin.
Modul 5 - Panduan Pantas Penulisan Resume
Di dalam modul ini anda akan didedahkan dengan menulis resume dengan mantap. Anda tak tahu menulis resume,jangan risau. Maklumat yang terkandung dalam modul ini sangat lengkap!
Modul 6 - Temuduga Jururawat
Anda akan didedahkan dengan Persediaan Penting Temuduga buat bakal jururawat. Ada rahsia didalam ini bagaimana nak hadiri temuduga lebih yakin dan bersedia!
Modul 7 - 29 Soalan Spesifik
Soalan lazim tentang kerjaya jururawat dibongkarkan di modul ini. Modul ke-7 ini menghimpunkan soalan - soalan temuduga jururawat diajukan para penemuduga
Dapatkan Panduan Kerjaya Jururawat Di Sini
Sila dapatkan panduan khas kerjaya jururawat di pautan bawah