Adakah anda sedang kecewa, tertekan dan putus asa kerana anda dapati pengambilan baru kakitangan kerajaan dibekukan? Surat pembekuan jawatan baru SPA yang tersebar luas di laman sosial mencetus kemarahan para graduan disebabkan mereka menyangka tiada kekosongan jawatan atau kerja selepas ini di sektor awam.
Kami disini akan membantu anda memohon kerjaya di swasta dengan buru lubang - lubang kerjaya di Malaysia.
Keratan akhbar tentang
isu pembekuan jawatan sebaliknya diimbangi dengan penambahan peluang kerja di swasta
1) Pembekuan pewujudan jawatan baharu merupakan langkah pengawalan saiz perkhidmatan awam
Disebabkan faktor graduan lepasan universiti yang kian meningkat tahun demi tahun. Peluang untuk anda menjawat jawatan penting
kerja kerajaan sangat banyak persaingannya. Oleh itu, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan seimbangkan peluang pekerjaan.
2) JPA dalam kenyataan hari ini berkata pengisian kekosongan jawatan berikutan persaraan, peletakan jawatan, pertukaran, kematian dan penamatan perkhidmatan masih boleh dilaksanakan seperti biasa.
Untuk pengetahuan anda, ini adalah maklumat sebenar anda perlu ketahui. SPA dan JPA tidak membekukan 100% pengambilan baru sebaliknya masih ada peluang yang cerah jika berlaku kes - kes seperti berikut.
3) Pendekatan rasionalisasi perkhidmatan awam pernah dilaksanakan pada 2008, 2010 dan 2011.
Isu pembekuan jawatan baru ini telah lama dilaksanakan seperti tahun berikut. Anda jangan kecewa, kerana pembekuan pengambilan penjawat awam baru ini hanyalah sementera. Sementara tunggu semuanya balik sediakala. Takkanlah anda hanya mahu menganggur bukan? Cari kerja..cari kerja.. buru kerja di sektor swasta. Yang pasti! Nak kerja swasta ini pastikan resume anda memang mantap dan pastikan persediaan temuduga terbaik!
4) JPA berkata pembekuan pewujudan perjawatan baharu dalam perkhidmatan awam akan diimbangi dengan usaha menambahkan peluang pekerjaan di sektor swasta.
Ini kerana dalam usaha untuk menambahkan peluang pekerjaan di sektor swasta. Anda sebagai graduan lepasan universiti, sila buka minda. Ada banyak syarikat memerlukan kepakaran anda untuk maju bersama. Ini selaras dengan laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan 3.3 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan menjelang tahun 2020.
Persepsi masyarakat terutama golongan muda, sila cari pekerjaan lain iaitu buru kerjaya di sektor swasta daripada menganggur!
Tindakan Yang Perlu Diambil Tentang Isu Pengambilan Baru Kakitangan Kerajaan Dibekukan
- Sila kemaskini borang SPA8i secara kerap.
- Bertindak segera dengan cari jawatan kosong di agensi kerajaan ataupun sektor swasta. Anda boleh layari portal JobsMalaysia.gov.my atau JobStreet.
- Terokai peluang kerjaya di sektor swasta. Pengalaman kerja di sektor swasta sangat berlainan dengan kerja kerajaan. Pengalaman kerja swasta boleh dijadikan modal untuk berkhidmat di sektor awam nanti. Pengalaman kerja swasta adalah nilai tambah untuk persediaan temuduga kerja kerajaan.
- Tulis resume yang berkualiti dan memukau. Sediakan resume yang memukau majikan untuk menerima anda sebagai staf syarikat. Baca sini tentang panduan menulis resume.
Kesimpulannya, persiapkan diri dengan memburu kerjaya di agensi kerajaan atau sektor swasta sekarang! Pengambilan baru kakitangan kerajaan dibekukan bukanlah penghalang untuk anda merasakan kecewa! Ini permulaan bagi anda yang bergelar graduan lepasan universiti tembus pasaran alam pekerjaan.
Fikirkan masa depan anda dengan pencarian kerjaya. Daftar emel dibawah untuk menerima update terpantas daripada kami.
Kami juga akan mengadakan Flash Sales 72 Jam pada 25 Mei 2015 ini. Kesemua produk dari Tim Infokerjaya akan diberikan diskaun terhebat sebanyak 70%. Masukkan emel aktif anda sekarang!
Artikel Berkaitan