e-PENYATA GAJI - SEMAK SLIP GAJI ONLINE

on Wednesday, July 25, 2012



Semak Slip Gaji Online ( e-Penyata Gaji). Kini anda boleh menyemak slip gaji menerusi secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Untuk akses menyemak penyata gaji, anda perlulah mendaftar kali pertama di dalam portal ANM berkenaan.


Selain semak slip gaji online bulanan, anda juga boleh menyemak penyata pendapatan tahunan. Penyata gaji tersebut boleh dicetak setiap masa jikalau ada sebarang urusan yang melibatkan penyata gaji. 

Untuk Semakan Penyata Gaji Online sila layari laman portal ANM di www.anm.gov.my

Anda hanya perlu klik e-Penyata Gaji & Laporan untuk pendaftaran kali pertama dan semakan gaji online.


1. Isi No. Kad Pengenalan atau No. Pasport untuk akses masuk ke portal
2. Jika anda belum mendaftar, sila klik Pertama Kali Mendaftar
3. Jika anda terlupa kata laluan, klik pada Lupa Kata Laluan seperti gambar diatas.

Selamat mengira gaji semasa anda!


e-Penyata Gaji
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Engine Carian Online All Rights Reserved