Kanak - Kanak Mangsa Pertama Mercun Di Kedah. Dua cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup di Kampung Kuala Kangkong, Alor Star dekat sini semalam.
|
Gambar hiasan dari Google |
Dalam kejadian pukul 7 malam itu, kanak-kanak terbabit Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli, 9, cedera di dahi dan badan sementara jirannya Mohd Sohibollah Saad, 27, cedera di mata, bahu dan tangan kiri.
Mercun bola itu dibeli Mohd. Sohibollah di Bazar Ramadan di Tandop dua hari lepas dan merancang untuk bermain bersama Tuah Mohd. Hafiz sementara menunggu waktu berbuka puasa, petang semalam.
"Masa kejadian...saya yang pegang mercun dan dia menyalakan api sebelum sumbu mercun tersebut jatuh ke dalam bekas plastik berisi 40 biji mercun,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, malam semalam.
Katanya, sumbu mercun yang terjatuh dan masih menyala itu tidak sempat dibuang dari bungkusan mercun bola yang berada berdekatan. Satu letupan kuat berlaku dan Mohd. Hafiz terpelanting dan tidak sedarkan diri, kata Mohd. Sohibollah yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di sini.
Katanya, panik dengan keadaan yang menimpa Tuah Mohd. Hafiz, dia segera mendapatkan bantuan jiran dan kedua-dua mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Simpang Empat sebelum dirujuk ke HSB untuk rawatan lanjut
Kanak - Kanak Mangsa Perta Mercun Di Kedah
Artikel Berkaitan