Merdeka 2012 Hanya Logo 1Malaysia Yang Rasmi. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lepas.
Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati”.
"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rais Yatim berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September
MERDEKA 2012: HANYA LOGO 1MALAYSIA YANG RASMI
Artikel Berkaitan