Bekas Isteri Hattan Saman Blog OHBULAN!. Hari ini, bekas isteri penyanyi Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 Juta terhadap pemilik blog hiburan tempatan OHBULAN! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.
Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defenden.
Kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin. Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media, bahawa mahkamah telah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan pengurusan kes.
Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas, defendan melalui laman web http://www.ohbulan.com telah menerbitkan satu artikel. Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.
Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu - BERNAMA
Artikel Berkaitan