Pegawai Psikologi S41 antara kerjaya yang memerlukan daya kemahiran berfikir yang kreatif lagi dapat memberikan kaunseling kepada klien. Proses temuduga kerja kerajaan yang mencabar calon - calon terlibat harus melontarkan idea yang bernas dan menyakinkan ketika memberi jawapan. Untuk
lulus temuduga Pegawai Psikologi S41 calon terlibat perlu mempersiapkan diri dari aspek persediaan fizikal dan mental. Persediaan terbaik untuk temuduga Pegawai Psikologi adalah ketahui ilmu berkaitan kerjaya pilihan anda.
Info Rujukan Tentang Kerjaya Pegawai Psikologi S41
Deskripsi tugas Pegawai Psikologi S41
- Pegawai Psikologi S41 adalah bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti - aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
- Pegawai Psikologi S41 merupakan jawatan yang terletak di bawah kumpulan Pengurusan dan Professional. Pegawai Psikologi S41 yang layak akan berkhidmat di pelbagai Kementerian dan Jabatan contoh ditempatkan di Kementerian Kesihatan Malaysia/Jabatan Perkhidmatan Awam.
Bagi anda yang pernah memohon jawatan ini sila semak senarai penjadualan temuduga jawatan Pegawai Psikologi S41 ( Kaunseling ) di pautan berikut -
http://online.spa.gov.my/online
Syarat Lantikan Pegawai Psikologi S41
Untuk menjadi seorang Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling), calon perlulah mempunyai syarat yang cukup kelayakkan seperti ditetapkan;
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gaji Permulaan : RM2,112.86 atau
- Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gaji Permulaan : RM2,828.32 dan
- Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gaji Permulaan : RM2,521.70 atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gaji Permulaan : RM2,112.86 atau
- Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke perkhidmatan Pegawai Pesikologi Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Contoh Soalan Temuduga Pegawai Psikologi S41
Ini adalah antara contoh - contoh soalan temuduga yang kerap ditanya oleh penemuduga. Kami berikan sedikit bahagian yang kebiasaannya akan disoal oleh penemuduga. Ini juga salah satu tips
temuduga Pegawai Psikologi S41 untuk anda lulus temuduga kerja kerajaan.
- Cara Perkenalkan Diri
- Pengalaman kerja terdahulu?
- Kenapa memohon jawatan ini?
- Mengapa mahu berkhidmat dengan kerajaan?
Persediaan Pantas Temuduga Kerjaya Pegawai Psikologi Gred S41
Daftarkan nama anda dan email aktif terkini anda untuk melanggan secara percuma dan kami akan berikan pelbagai lagi tips tambahan secara PERCUMA!
Anda cuma perlu isi maklumat anda dibawah dan sila semak Inbox, SPAM Box atau Promotion Box sejurus selepas anda tekan butang ‘
Saya Nak !’ untuk sahkan langganan.
Panduan Temuduga Untuk Calon Pegawai Psikologi Gred S41 Tahun 2015
Mahu lulus? Nak kerja kerajaan? Daftar secara PERCUMA sekarang. Sila semak email dan sahkan pendaftaran anda.
Artikel Berkaitan