Pembayaran bonus raya sempena Hari Raya Aidilfitri untuk kakitangan awam bagi tahun 2012 akan bergantung kepada keupayaan kerajaan untuk berbuat sedemikian. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, bahwa beliau akan melihat "buku akaun" kerajaan terlebih dahulu mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan bonus oleh Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru - baru ini.
Maklum balas tersebut disambut baik oleh Presiden CUEPACS ;
"Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu.
"Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji," katanya.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata pada 16 Julai bahawa, pihak kongres sedang mencari pendekatan terbaik untuk memastikan bahawa bonus yang dibayar kepada 1.4 juta penjawat awam tidak akan menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan.
Artikel Berkaitan