Kadar zakat fitrah seluruh negeri - negeri di Malaysia 2012M/1433H. Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri.
5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan :
- Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.
Sumber Gambar : http://www.ammboi.com
Artikel Berkaitan