Drama Adam Hawa sebuah lagi drama bersiri 80 episod adaptasi dari novel Adam Dan Hawa karya novel hasil penulisan novelis terkenal, Aisya Sofea terbitan Alaf 21.
Adam Hawa bakal disiarkan di saluran 134, Astro Mustika HD, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam bermula
27 Ogos 2012 ini yang menampilkan pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Nadiya Nisa serta barisan pelakon lain yang turut menjayakan Adam Hawa adalah Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).
Penerbit dari Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Muhd Jiwa berkata,
Adam Hawa merupakan novel kedua yang diadaptasi oleh syarikat produksinya selepas drama Gemersik Kalbu yang ditayangkan di stesen televisyen TV3 beberapa bulan lalu.
"Adam Hawa bukanlah karya biasa yang ada dalam pasaran kerana novel ini ramai pengikutnya. Selain dapat mengetengahkan novel yang berkualiti, kami mahu beri satu peluang buat peminat novel ini untuk menonton cerita yang sama dalam bentuk visual," katanya.
Mengenai pemilihan barisan pelakon terlibat, Zaiton berkata, pandangan daripada pembaca novel Adam Hawa juga diambil untuk menentukan pelakon yang sesuai membintangi drama ini.
"Pemilihan pelakon adalah berdasarkan kesesuaian watak dan cadangan daripada pembaca, sedikit sebanyak membantu menjayakan drama ini,"katanya.
Bagi memenuhi jalan cerita didalam novel Adam Dan Hawa, penggambaran drama ini turut dilakukan di beberapa lokasi luar negara iaitu di Perth Australia dan Makkah
Adam Hawa Lakonan Hebat Aaron Aziz & Nadiya Nisa
Artikel Berkaitan