KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak hari ini telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam seluruh Malaysia dan bayaran khas RM 500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 Ogos 2012 ini.
Bayaran akan dibuat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Bonus raya untuk kakitangan awam yang digembar gembur sebelum ini bergantung pada kemampuan kerajaan, akhirnya terlaksana berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan perhargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan. Semoga anda dapat memanfaat bonus raya sebaik mungkin. -
PM UMUM BONUS SETENGAH BULAN UNTUK PENJAWAT AWAM
Dikemaskini :
Artikel Berkaitan