Kakitangan PKNS Terima Bonus 2 Bulan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) malam tadi sewaktu ucapan majlis berbuka puasa dan sambutan ulang tahun PKNS ke-48.
Bonus raya tersebut akan dibayar dalam bulan Ramadan dan selepas Aidilfitri bagi menggalakkan amalan berjimat.
"Pelaburan besar PKNS ialah melatih dan memberikan kemahiran kepada warga kerjanya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan rakan kongsi kita, kita tidak boleh mengharapkan perunding," ujar Abdul Khalid.
PKNS perlu meletakkan asas yang kukuh untuk bertahan sehingga seratus tahun menerusi pelaburan terhadap warga kerjanya.
KAKITANGAN PKNS TERIMA BONUS RAYA 2 BULAN GAJI
Artikel Berkaitan