Penangan maut Batman, 12 orang terbunuh di Colarado. Satu tragedi yang tiada siapa jangka ketika malam pertama tayangan filem The Dark Knight Rises di sebuah pawagam Aurora, Amerika Syarikat.
Trilogi filem Batman yang dibintangi oleh Christian Bale merupakan filem epik Batman yang terkini. Seorang lelaki bersenjata memakai topeng gas dan perisai dibadan melepaskan tembakan kepada penonton membunuh 12 orang dan 70 orang lagi cedera.
Suspek, James Holmes, 24, telah bersenjatakan senapang rifle A-15 bersama-sama dengan 100 magazin peluru yang boleh melepaskan 60 pusingan tembakan seminit. Dia juga turut memiliki 3,000 peluru sewaktu ditahan polis beberapa minit selepas kejadian.
Mangsa kepada 'Joker' ini katakan terdiri dari orang awam yang berusia antara bayi 3 bulan sehinggalah warga emas berusia 51 tahun.
Holmes melakukan keganasan itu di pawagam ketika 'The Dark Knight Rises' baru bermula kira-kira 15 minit. Siasatan polis kemudian mendapati bahawa Holmes adalah penuntut kursus sains neuro di Universiti Colarado tetapi berhenti daripada program PhD itu kira-kira setahun lalu.
Lebih mengejutkan lagi, pemuda yang dikatakan suka menyendiri itu dilaporkan sudah mempersiapkan diri sejak dua bulan lalu untuk melancarkan keganasan. Holmes dilapor membeli senjata berkenaan menerusi Internet tanpa sebarang pemeriksaan untuk memastikan dia tidak berniat jahat.
Dia kini ditahan di Penjara Arapahoe County dan akan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Arapahoe esok.
Artikel Berkaitan