Individu Lahir Sebelum Tahun 1989 Perlu Saringan Hepatitis. Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati rakyat negara ini khususnya yang lahir sebelum tahun 1989 agar menjalani saringan penyakit hepatitis. Ini kerana, bilangan kes baru terutamanya Hepatitis B dan Hepatitis C meningkat sekali ganda tahun lalu berbanding tahun 2010.
Sebanyak 640 kes kepada 1,250 kes bagi Hepatitis B dan 724 kepada 1,047 bagi Hepatitis C meningkat. Berikutan itu, orang ramai amnya diminta mengambil kesempatan menjalani saringan percuma yang ditawarkan di 20 buah hospital kerajaan seluruh Malaysia sempena Hari Hepatitis Dunia 2012.
Dianggarkan ada 3 hingga 6 penghidap bagi kedua- dua jenis penyakit itu untuk 100,000 penduduk dan 80 peratus daripada mereka berusia 25 hingga 55 tahun.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, walaupun Malaysia diisytihar Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencapai matlamat mengawal Hepatitis B menerusi program vaksin untuk kanak-kanak yang dilancar pada 1989, mereka yang lahir sebelum itu mungkin menyumbang kepada peningkatannya sekarang.
Beliau juga bimbang penyakit itu yang lebih mudah dijangkiti berbanding HIV dan dikenal pasti antara penyumbang kepada 1.4 juta penghidap barah hati di negara ini akan menjadi satu epidemik jika tiada tindakan diambil.
Artikel Berkaitan