Penjelasan Al-Humaira Terhadap Isu Kontrak Tudung. Amnya kita sudah ketahui,kontrak pelakon Abby Abadi sebagai duta tudung telah ditamatkan. Setelah mendapat liputan luas media tempatan, Abby Abadi yang menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup baru- baru ini menerima penamatan kontraknya dengan terbuka.
Nama Abby Abadi kembali menjadi sebutan apabila akaun Twitternya mengumumkan kontraknya sebagai duta tudung syarikat Al-Humaira Comtemporary telah dibatalkan sejak 4 Julai lalu.