Kedah Umum Bonus Setengah Bulan Gaji. Lebih 6,000 warga kerja kerajaan negeri Kedah akan turut menikmati bayaran bonus setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM500 sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri akan mengikut langkah yang diambil kerajaan pusat dalam pemberian bonus berkenaan tetapi tidak dimaklumkan tarikh bayaran bonus berkenaan.
"Kita dah setuju nak bagi (bonus) dan serah kepada Pegawai Kewangan negeri untuk urus," ujarnya selepas majlis penyerahan sumbangan duit raya RM100 kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat.
Artikel Berkaitan