GAMBAR & VIDEO: KAPAL MINYAK BUNGA ALPINIA TERBAKAR DI LABUAN

on Thursday, July 26, 2012

Gambar dan video kapal minyak Bunga Alpinia terbakar di Labuan. Menurut sumber, seorang mati, tiga cedera dan lima masih hilang apabila sebuah kapal yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Chemicals Methanol berdekatan kawasan pulau Eno meletup awal pagi tadi. Letupan pertama berlaku sekitar pukul 2.30 pagi disusuli dengan beberapa letupan.




Perkara itu telah disahkan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Senarai awal mangsa yang dibawa ke hospital tersebut ialah Zahari Hashim, Mohd Hanafi Khairil, Mohd Nazim Kamsani dan dua warga Filipina, Colangoy dan Krrol Salalv An.






Pulau Labuan baru sahaja diiktiraf sebagai pusat minyak dan gas yang menempatkan kebanyakkan syarikat minyak dan gas antarabangsa.

Susulan insiden itu, laporan menyatakan tidak dapat dipastikan sama ada keadaan cuaca mempunyai kaitan dengan kebakaran tersebut.



GAMBAR & VIDEO: KAPAL MINYAK BUNGA ALPINIA TERBAKAR DI LABUAN

Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Engine Carian Online All Rights Reserved